your ads here (468x60) - after 1st post.
Testing to broadcast myself…
I would like to test this LiveTV..!!!
Bila summer nie kena bagi lagu lain la plak… So kami bagi background lagu Dua Insan - Ezad & Eva bagi mengiringi summer nie….heheheh
aku tgh test feed burner nie…
Hari ni tiba la masa yg dinanti2kan olh aku dan CT iaitu kami pi bercuti ke San Fransisco setelah 2 minggu terperap bercuti kat umah.Segala2nya berjln seperti yg dirancang dan lbh kurang pukul 12.30 pagi kami sampai di Airport Oakland…setlh flight delayed selama sejam di Las Vegas. Di sini aku tumpang bermlm selama 2 mlm di umah seorg rakan dr Msia iaitu Kak Maz. Setelah claim luggage aku terus mengambil cab dan terus ke umah beliau yg terletak kat San Leandro, Oakland. San Fransisco ini aku ibaratkan cam Penang la klu kat Msia……dan Oakland ni cam Butterworth. So, utk ke bandar San Fransisco kita terpaksa menyeberang laut melalui Bay Bridge atau train yg melalui bawah laut. Ini pertama kali aku merasa menaiki train yg melalui bawah laut ni….aku tak dapat bayangkan camna depa dpt membina laluan train dr Oakland ke San Fransisco ni….amazing!!!!. Aku smpi kat umah Kak Maz dkt2 pukul 2 pagi. Nasib baik aku ambik cab driver tu hantar aku smpi kat depan apartment umah Kak Maz. Smpi aja umah semua org dah tido…hehehehe…abg Kie ( suami Kak Maz ) ja yg entertain kami. Nak buat camna klu ikut time asal pukul 11 mlm dah smpi airport tp dah delayed….nasib badan arr…
Kami berhari raya kat LA…bestnyerrrrrrrrr!!! dah lama kami plan sejak seblm posa lg..So, rasa excited sgt2 sbb dpt pi LA…teringat blk kenangan time pertama kali menjejakkan kaki ke USA….hehehe!!. Dkt LA kami tumpang rmh Kak Midah (Pegawai dr MSD)…dia la yg jemput kami kat LA hari tu..ok la pakej penginapan yg dia bg kalah hotel kat LA ni…khe! khe! khe!……hai teringat plak kat Kak Zah & family..sian plak depa raya anak beranak…klu ada kami sure meriahnya…dan terasa cam raya kat Msia coz mana ada dah melayu kat Cedar City selain kami….anyway nak wat camna kami cuma dpt rasa 2 kali ja raya kat oversea ni..tu pun tak pernah terlintas di fikiran yg kami ni dpt merasa pengalaman berhari raya kat perantauan ni…selalunya duk tgk kat tv ja…org lain duk beraya.Sorry byk2 ya…Kak Zah, Dr Azmi, Fadzli and Farah.InsyaAllah tahun depan kita raya sama2 k….
“Dalam dingin subuh hatiku terusik… kenang nasib diri di rantauan… bergema takbir raya menitis airmata…… terbayang suasana permai desa… “. Huhuhu….sedihhh. Di pagi Syawal yg berbahagia ini.. (cewahhh!! skima la plak) kami berhari raya dengan Kak Midah & Kak Mar (kawan Kak Midah).Setelah bersarapan kami dan juga Kak Midah pi bersembahyang raya di Los Angeles Convention Centre…kat sini kebykkannya international Muslim yg bersembahyang kat sini..sengaja Kak Midah membawa kami ke sini sbb beliau ingin merasa suasana sembahyang raya dgn komuti muslim yg lain kat LA krn tahun ni adalah tahun akhir beliau beraya di LA dan kontraknya akan tamat pada Feb nanti..
Suasana sembahyang raya di sini tak jauh bezanya dengan Msia…cuma takbir rayanya saja yg tak best… senada ja.. dan klu kat Msia ada ketua yg akan start dulu and then diikuti oleh yg lain tp berbeza kat sini pakai takbir ja semua tak dak la nak ada “TEKONG” la org kata… Uhhhhhh!!! tak feel langsung..kami yg pd mulanya tangkap leleh terus rock kental beb….kahkahkah!!!!.Setelah selesai sembahyang kami pun bergegas la plak nak ke Long Beach..tempat open house Konsulat diadakan…ya la sembahyang raya habih dlm kui 11 pagi (waktu LA).. majlis tu tamat kui 1 ptg…. apa lagi kelam kabut gila la tambahan pula student2 sibuk call Kak Midah bila nak mai??? coz ketupat nasi dah habih….frust juga la dgr sbb kami mai dr jauh semata2 kerana rindukan masakan Msia..dr seblm posa lg kami duk berangan nak mkn yg sedap2 kat open house nanti…tp nak wat camna dah rezeki byk tu ja..
Sampai ja kat situ kami pun apa lagi belasah ja la….tak tunggu dah Kak Midah yg mmg antara yg paling glamour kat majlis tu..kalah artis woooooo…..tak sempat nak masuk lagi klip klap….klip klap…ramai nak bergambar dgn dia smpi kami pun dia lupa…hehehehe!!!!! kami pun sempat juga la bergambar dgn staf konsulat dan jen konsulat….ya la bkn senang wooo…sbb selalu kenai nama kat web ja ni dpt jmpa dgn orgnya….student2 yg lain kami tak sempat la nak berkenalan krn sibuk duk melantak coz dj dah bg anouncement yg majlis akan tamat lg setgh jam…mknn pun dah byk yg habih aku dgn Ct cuma sempat mkn nasi minyak berlaukkan serunding ayam and pajeri nanas….tu ja…tak pa la wlu pun tak puas mkn tp kami rasa syok sgt sbb kami dpt berjmpa dgn ramai lg Malaysian kat sini sekaligus dpt hilangkan rasa kerinduan pada Msia yg baru 2 bln lbh kami tinggalkan…
Setelah habih mkn, bergambar, bersembang lebih kurang kami pun blk la…dlm perjlnn tu Kak Midah ada la singgah kat China Town (tempat kita blh dpt groceries dr Asia).Ok la dapat la beli brg2 yg perlu…senang… tak la susah nak dptkan brg2 utk masak…
Hoorey!!!! lepas blk dr shopping groceries Kak Midah halau kami suruh pi Hollywood..dia ckp dia tak dpt nak temankan kami jalan2 coz dia nak masak utk open house mlm ni….ramai student yg nak mai katanya… apa lg…kami pun pi la Hollywood dgn menaiki train…harga tiket USD5 utk sehari…..best la gak kat Hollywood smpi kami rasa tak cukup masa sbb buang masa yg lama kat kedai souvenirs….pastu nak bergambaq punya la susah sbb terlalu sesak dgn tourist yg ramai kat sini smpikan kami tak sempat nak bergambar dgn watak2 yg dlm filem siap dgn kostum depa cam batman dll…kaki kami pun dah terasa sakit…Hollywood tak habih tawaf lg…terasa letih sangat2 dan kami pun buat keputusan balik la ke rumah.
Sampai kat rumah Kak Midah….ramai students yg datang berhari raya….sempat la kami berjumpa dan berkenalan dgn depa walau pun ada yg dah balik…best sangat dapat kenal dgn depa.Tambahan pula kami semua menerima kunjungan staf2 dr Petro Sains, Malaysia yg mai LA utk mengadakan pameran selama 2 minggu…yg lawaknya depa merungut sbb dah dkt seminggu tak jmpa nasi…khe khe khe…kesiiiiaaannnnn!!! sedangkan hujung minggu tersebut depa dah nak balik Msia…kami ni lg 2 tahun…huhuhuhu!!! anyway depa jauh lebih beruntung dpt rasa pengalaman di perantauan hanya dlm masa 2 minggu….tapi bila kami semua berjumpa punya sembang smpi la tak ingat dunia….pukul 1.30 pg baru geng2 ni semua blk…..hehehehe..mata kami berdua pun dah tak larat nak angkat…Kak Midah cam paham2 ja…ya la bsk flight kui 10.45 pg…nak bertolak pi airport awai kui 8.00 pg…letihnya!! haiiiiiiiiiiii…..sedih rasanya nak tinggalkan LA….best sangat2 lebih kurang cam KL…happening and busy…tp tak pa kami akan mai lg….kepada Kak Midah thank’s a lot for your contribution…..hari raya kami tak bermakna tanpa Kak Midah dan jasa Kak Midah tetap akan kami kenang..
Hari ini kami dijemput untuk berbuka puasa di rumah Prof Hussein Samha (assc prof of Chemistry kat SUU) dari Palestin.Kami ke sana dengan seorang rakan dari Ghana iaitu Hassan.Ini merupakan pengalaman aku yg pertama berbuka di perantauan dan keluarga Prof Samha merupakan keluarga muslim yg kedua di Cedar City selain Dr Azmi…..
Pada mulanya aku dan Ct agak keberatan untuk menerima undangan beliau…bermcm2 persoalan bermain di fikiran kami terutamanya Ct yg mmg agak susah menyesuaikan diri dgn mknn depa yg mungkin berbeza dgn masyarakat kita.Walau bagaimana pun demi menjaga hati beliau yg telah beria2 mengundang kami…aku dan Ct pun pi la berbuka di rmhnya…
Tibanya kami di sana…kami dientertain gila olh beliau dan isterinya Kholoud (yg juga merupakan asst prof of Diversity di SUU). Seperti yg dijangkakan kami mmg tak berselera dgn masakan Palestin….ini krn mskn depa tawar dan tak pedas langsung..paling mengejutkan aku mmg la menu yg berasaskan daging spt ayam yg dihidangkan kpd kami halal tp ianya tidak disembelih menurut cara yg telah ditetapkan olh Islam.Entah knp tergerak hati aku utk bertnya dr mana beliau dpt sumber daging ayam halal di sini? Kholoud memberitahu yg ayam tu dibelinya di sebuah pasaraya di sini…setahu aku tmpt yg paling dekat utk mendptkan sumber daging halal di Las Vegas….selera aku terus tumpul…rasa cam nak terkeluar ayam yg baru aku mkn sebentar td.Menurut beliau ayam yg kami mkn tu halal setelah beliau membasuhnya sambil membaca BISMILLAH….Di sini aku ingin memberitahu wlu pun sesama muslim tp mazhab lain2…..satu menunya aku puji ialah nasi, sebijik cam nasi kenduri kat Msia tp nasi yg beliau masak jauh lbh sedap…siap aku suruh bini aku minta resepi kat dia..
Inilah pengalaman aku berbuka di rmh keluarga muslim dr Palestin bersama Hassan dr Ghana..pengalaman yg menarik dan sepanjang aku mengenali mereka yg tak sampai pun satu hari, mereka semua sangat baik hati dan peramah termasuk anak2 Prof Samha yg begitu menghormati tetamu.Dan satu perkara yg agak melucukan yg aku saksikan di rmh depa ialah kucing Prof Samha yg faham ckp Arab sedangkan kucing tu dr USA…..Hahahahaha!!!!!!. Bukan satu perkara yg pelik mgkn ia dipelihara olh bangsa Arab…..